Gam Khas dari Al Aqsa Carpets untuk Pemasangan Lantai Vinyl

Jika sebelum ini ramai yang tertanya ada atau tak jalan penyelesaian untuk pemasangan vinyl yang ada masalah renggang. Dan jika dulu tiada jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah renggangan. Kami juga pernah beritahu tentang kenapa terjadinya masalah renggangan ini dan apa yang perlu anda lakukan di posting sebelum ini. Kalau sebelum ini, kami akan suggestkan anda menggunakan sealant  atau menggunakan penukul getah dan double sided tape untuk menutup renggangan antara vinyl ini. Anda boleh baca je balik posting-posting sebelum ni disini. Sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana kami di Al Aqsa Carpets keluarkan gam khas yang boleh mengatasi masalah renggangan ini dan kami telah pun uji gam tersebut sebelum kami keluarkan di pasaran luar.

Gam yang di jual di Al Aqsa Carpets adalah gam Aqsa Green Bond.  Gam yang direka khas ini tidak seperti gam-gam yang dijual di pasaran luar. Di pasaran luar, jika anda menggunakan gam vinyl biasa untuk pemasangan vinyl, anda tidak boleh menampal semula vinyl tersebut. Terdapat banyak kelebihan jika anda menggunakan gam Aqsa Green Bond ini.

Gam yang dijual di Al Aqsa Carpets.

Kelebihan menggunakan gam Aqsa Green Bond;
  • Boleh pasang semula vinyl yang telah dibuka
  • Tidak meninggalkan kesan gam atas permukaan plank vinyl
  • Plank vinyl tidak akan rosak atau patah 
  • Gam yang masih ada pada permukaan lantai masih boleh digunakan untuk penampalan vinyl yang baru. Bergantung pada beberapa tahun pemasangan vinyl
  • Gam boleh dibersihkan menggunakan air atau tabur serbuk seperti bedak atau tepung

Dengan menggunakan gam Aqsa Green Bond ini, anda hanya perlu tuangkan gam dan ratakan pada permukaan lantai. Anda hanya perlu menggunakan trowel bergigi yang anda boleh dapatkan di Mr.DIY atau anda buat sendiri menggunakan plank vinyl sahaja. Anda perlu tunggu 15-20 minit sebelum anda tampal kepingan vinyl ke atas permukaan lantai.

Gam khas yang dijual di Al Aqsa Carpets adalah Gam Aqsa Green Bond. Gam ini boleh digunakan untuk pemasangan vinyl di atas permukaan lantai seperti simen, mozek, tiles, parquet dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan gam Aqsa Green Bond, vinyl boleh ditampal dan dibuka semula selepas pemasangan. Yang penting sekali ia tidak akan  merosakkan plank vinyl yang sudah digunakan.
Di bawah ini, contoh pemasangan menggunakan gam Aqsa Green Bond.



Untuk pembelian gam Aqsa Green Bond ini, anda boleh beli terus di outlet kami di Seksyen 36, Shah Alam. Kami tidak menyediakan pengeposan untuk penjualan gam Aqsa Green Bond disebabkan gam adalah bahan yang mengandungi bahan-bahan kimia. Tetapi jika anda berminat untuk pembelian lantai vinyl, anda boleh beli di pautan Aqsa Onlien Store. Selain itu, jika anda ingin dapatkan info lagi, anda boleh hubungi salesperson kami melalui WhatsApp atau call je terus di talian ini (011-10880150).

Comments