Adakah anda sudah tahu tentang lantai vinyl yang semakin ramai
penggunanya? Di sini kami ingin mengupas tentang lantai vinyl yang mempunyai
pelbagai jenis dan ketebalan yang ada. Lantai vinyl merupakan jenis lantai yang
mempunyai corak seperti ukiran kayu atau jubin.
Di Al Aqsa Carpets, vinyl kami adalah vinyl gred tinggi buatan Korea yang hanya menggunakan
material PVC asli, bukannya PVC yang terpakai atau sudah digunakan semula. Vinyl
jenis PVC yang terpakai juga dikenali sebagai Vinyl Recycled. Vinyl jenis
terpakai ini bukan lah menggunakan material PVC asli dan malah bahan tersebut
adalah campuran-campuran material bukan daripada PVC. Vinyl Recycled tidak
mempunyai ketahanan yang lebih tinggi berbanding vinyl PVC dan tempoh hayat
penggunaan hanya dalam 2 ke 3 tahun sahaja untuk Vinyl Recycled.
Seperti yang sudah anda tahu, semakin ramai pengguna yang ingin untuk
menggunakan lantai vinyl dan ingin memasang lantai vinyl di kediaman rumah
mereka. Jadi, banyak kelebihan yang ada pada lantai vinyl ini. Anda boleh lihat
di sini untuk kelebihan Lantai Vinyl. Ia juga mempunyai pelbagai corak dan warna.
Anda boleh “mix and match” dengan corak yang anda mahukan. Anda dapat
sesuaikan dengan warna cat dinding rumah yang sejuk atau warna cat yang elegan.
Selain itu, pemasangan vinyl ini menjimatkan wang anda. Ini kerana lantai vinyl
mempunyai harga yang murah berbanding lantai laminated atau lantai parquet pada
harga pasaran.
Selain daripada itu, Yang best sekali jika anda memasang vinyl ini,
vinyl PVC jenis kalis air dan kalis kotoran. Lantai vinyl jenis PVC tidak akan
menyerap air dan kekotoran kerana vinyl jenis PVC 100% asli. Di atas permukaan
vinyl tersebut ada UV Coating yang akan melindungi vinyl tersebut dari sinaran
UV dan menjadikan lantai lebih tahan lama, tahan lasak dan warna vinyl tersebut
juga tidak akan luntur. Rujuk di sini
untuk lihat lagi dekat berkenaan UV COATING.
Lantai vinyl di Al Aqsa Carpets, anda boleh dapatkan dengan harga
serendah RM1.47/KPS harga bekal untuk pemasangan DIY sahaja. Jika anda seorang
yang kreatif, pemasangan vinyl akan menjadi sangat mudah untuk anda
memasangnya. Anda boleh memasangnya secara DIY dengan mudah kerana terdapat
juga vinyl sticker yang sudah ada gam dibelakang planks tersebut. Anda hanya
perlu melekatkan ia di atas permukaan lantai yang licin rata dan bersih.
Untuk penjimatan lagi, anda boleh melekatkan vinyl menggunakan “double-sided
tape”. Sekiranya kediaman anda, kediaman sewa, anda disuggestkan
untuk guna “double-sided tape” kerana anda boleh mencabut semula plank
vinyl itu dan letak ke rumah baru anda tanpa meninggalkan kesan pada lantai
rumah sewa.
Sebelum pemasangan vinyl menggunakan double-sided tape |
Selepasa pemasangan vinyl menggunakan double-sided tape |
*Bagi lebih fakta mengenai vinyl Keluaran Al Aqsa Carpets, boleh ke link berikut
Jika anda tidak mahu menggunakan
“double-sided tape” anda boleh menggunakan gam “waterproof”
vinyl. Jika rumah anda mempunyai subfloor yang lembab dan berair, anda
disarankan untuk menggunakan gam “waterproof” vinyl untuk mencegah vinyl
tersebut daripada air dan subfloor yang tidak okay.
Anda boleh check video
dari Al Aqsa Carpets untuk pemasangan menggunakan
gam “waterproof” vinyl.
Anda juga mempunyai pilihan lain untuk mencantikkan dan menghiasakan
rumah anda dengan mengunakan laminated, “stone plastic composite”,
parquet atau ”wood plastic composite”. Kesemua jenis ini, anda perlu
mengeluarkan modal yang besar untuk pemasangan dan penjagaannya. Penjagaannya
juga agak susah kerana jika rumah anda mempunyai sejarah anai-anai, ia akan
membiak dan merebak di bawah laminated, parquet , SPC atau WPC. Selain itu, ia
bukanlah jenis kalis air untuk tidak menyerap air masuk ke dalam kayu tersebut
seperti pemasangan dikawasan dapur atau kawasan yang berair. Kos pemasangan
keempat-empat jenis ini mahal pada harga pasaran. Anda juga perlu meletakkan “underlay”
untuk menyokong pemasangan
jenis laminated, SPC dan WPC. Disebabkan penjagaannya yang agak leceh, tempoh
penggunaannya lebih singkat berbanding ketahanan lantai vinyl.
Setiap produk yang ada dipasaran,
akan ada kekurangan yang takkan lari sama seperti lantai vinyl ini. Akan tetapi
kekurangan lantai vinyl ini disebabkan suhu lantai di dalam rumah dan
menyebabkan rengangan antara vinyl tersebut. Untuk makluman pembaca, masalah renggang bukanlah
disebabkan kerosakan pada produk (product defect) atau kecuaian semasa
kerja pemasangan (workmanship default). Ia terjadi disebabkan perubahan
suhu panas atau sejuk (temperature flutuation) yang ketara pada ruangan
yang ditampal pada vinyl (subfloor). Perubahan suhu akan menyebabkan
vinyl daripada jenis PVC ini akan sedikit mengecut dan mengembang sehingga
kelihatan renggang antara sambungan vinyl. Ketidak sempurnaan pada kerja-kerja
perataan simen (self-levelling) juga boleh menjadi penyebab utama. Jika
anda bandingkan, membeli lantai kayu (hardwood floor) ianya memakan kos
yang tinggi, tidak kalis air, serta boleh dimakan oleh anai-anai, berbanding
material vinyl, yang jauh lebih murah kos, kalis air, dan tidak mungkin dimakan
anai-anai. Vinyl adalah pilihan yang paling murah, jadi mengapa anda tidak
boleh terima 1% kekurangan yang hanya akan dihadapi oleh 0.05% orang yang
menggunakannya.
Stay tuned guys with the next post tentang jenis vinyl buatan Korea, testimoni dan review tentang vinyl yang dipasang oleh pengguna! Tunggu dan jangan lupa follow and share pada yang lain!
info menarik ni. kedai kat mana?
ReplyDeleteKedai boleh waze Desa Latania, Shah Alam :)
DeleteKedai boleh waze Desa Latania, Shah Alam :)
DeleteHarga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari
ReplyDeleteRumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.
Hanya 8 min @ 3.5km perjalanan dari homestay kami ke Kedai Al Aqsa Carpet Jalan Kebun
commercial vinyl flooring sheet
ReplyDeleteAnother timber flooring that is fast rising in popularity and demand is the bamboo Timber flooring in Melbourne. It not only looks great as a flooring material but is pleasing to the eye and very durable. It also makes for a sustainable choppier as bamboo grows very fast.
ReplyDeleteTimber Flooring in Point Cook
Vinyl floor ni sesui tak dipasang di atas lantai papan kayu, untuk rumah kayu?
ReplyDelete
ReplyDeleteCork holds in heat, mold, and mildew-resistant, and naturally antimicrobial. Eco-friendly but needs sealing and proper care.
Vinyl Wood Flooring