Kenapa terjadi masalah renggangan antara vinyl selepas pemasangan?

Di Al Aqsa Carpets, kami sentiasa menitikberatkan tentang kualiti barang sebelum dijual dalam pasaran Malaysia. Kami di sini sentiasa mahukan yang terbaik untuk anda semua dan anda tidak perlu bimbang lagi dengan seleksi produk kami yang berkualiti tinggi. Tagline yang selalu kami tekankan adalah “Barang Berkualiti dengan Harga Kilang” dan lantai vinyl adalah salah satu produk terbaik dan sentiasa menjadi pilihan pada ribuan pelanggan kami sejak bermulanya kami bertapak dalam industri ini. Seperti anda sedia maklum, setiap produk yang ada di pasaran mestilah mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dan setiap produk yang ada juga tidak lari daripada kekurangan dan ada sebilangan pelanggan yang mengalami keadaan kekurangan itu. Pihak Al Aqsa Carpets memohon maaf atas masalah vinyl renggang yang berlaku.

Mengapa terjadinya masalah ini? Isue vinyl renggang adalah masalah biasa yang berlaku serata dunia yang mana semua orang dah sedar akan masalah itu. Pertama, ia disebabkan sifat vinyl itu sendiri yang mengembang dan mengecut mengikut suhu persekitaran. Peratus untuk vinyl 2MM itu mengembang dan mengecut adalah kurang dari 1% sahaja. Jika lebih dari 1% vinyl itu renggang, ia kerana kecacatan yang dilakukan dari pihak kilang. Kedua disebabkan oleh simen lantai yang tidak rata dan licin. Ketidak sempurnaan pada kerja-kerja perataan simen lantai (self-leveling) juga boleh menjadi penyebab utama untuk vinyl mempunyai masalah renggangan. Ketiga ialah suhu lantai boleh naik dan turun mengikut perubahan suhu panas dan sejuk yang ketara pada ruangan yang ditampal vinyl. Ketiga-tiga faktor ini akan menyebabkan vinyl itu renggang.

Keadaan lantai tidak rata dan licin

 
Keadaan vinyl yang renggang.


*Bacaan tambahan - fakta menarik mengenai lantai vinyl keluaran Al Aqsa Carpets

99% daripada pengguna lantai vinyl serata dunia menerima masalah renggangan yang berlaku ini kerana ia tidak memberi kesan apa-apa terhadap vinyl itu. Jika anda buka semula dan tampal balik, renggangan itu tetap akan terjadi semula. Sekiranya anda masih perlukan jalan penyelesaian, terdapat dua cara yang boleh dilakukan unutk menutup renggangan vinyl secara DIY. Jika jalan penyelesaian ini berjaya, Al Aqsa Carpets akan lakukan untuk anda secara percuma kerana kami sangat professional dalam melakukan kerja-kerja kami. Al Aqsa Carpets tidak ada memberikan sebarang servis untuk membuat cara-cara DIY kerana ini hanyalah idea penyelesaian untuk anda.


Pertama, anda boleh menggunakan sealant untuk menutup renggangan itu. Sealant ini boleh dapat di kedai hardware atau DIY. Anda boleh rujuk pada link video ini.

 

Cara kedua ialah dengan menggunakan penukul getah, double sided tape dan blok kayu untuk masalah renggangan vinyl ini. Anda hanya perlu lekatkan double sided tape di belakang blok kayu dan mengetuk vinyl yang renggang itu dengan penukul getah secara kuat. Dengan ketukan itu, renggangan vinyl tersebut akan bergerak ke depan dan menutup renggangan itu. Anda boleh rujuk pada link video ini.

 

Di Al Aqsa Carpets, kami sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami. Sejak setahun yang lepas, kami sudah ada kaedah penyelesaian bagi masalah tersebut. Kami mencipta gam khas untuk masalah renggangan yang berlaku ini. Gam tersebut masih dalam ujikaji untuk 100% kaedah ini berkesan untuk anda. Jika gam khas yang direka oleh Al Aqsa Carpets telah disiap, kami akan berkongsi produk tersebut kepada semua pelanggan kami.

Kalau anda berminat untuk beli di Al Aqsa Carpets, anda boleh klik pautan ini untuk pembelian (link: https://aqsaonlinestore.com.my/). Dan kalau anda nak info lagi dari Al Aqsa Carpets ni, boleh terus hubungi mereka melalui whatsapp atau call je terus pada no ni (011-10880150). Jumpa lagi untuk posting akan datang!

Comments