Sebelum pemasangan lantai vinyl, amat penting untuk anda mengenal pasti dahulu keadaan lantai subfloor anda. Ia untuk mengelakkan masalah yang boleh terjadi selepas pemasangan vinyl. Di Al Aqsa Carpets, jika kami datang ke rumah anda untuk membuat ukuran keluasan, kami akan cek dahulu keadaan lantai rumah anda sebelum pemasangan. Jika ada masalah seperti kelembapan atau tidak rata, kami akan berikan penyelesaian kepada pelanggan kami.
Lantai yang kasar biasanya mempunyai batu-batu kecil dipermukaan lantai simen anda. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana keadaan lantai yang kasar, ia akan nampak kesan batu yang tidak rata, berlekuk dan lain-lain. Kebiasaannya, lantai jenis kasar adalah lantai shopping mall, bangunan baru atau bangunan lama yang kasar akibat gam karpet yang digunakankan dan keadaan lantai yang lama atau sudah rosak. Vinyl akan melekat hanya seketika sahaja tetapi selepas anda selalu memijak, batu-batu kasar akan timbul dan ia akan menyebabkan vinyl rosak. Selain itu, bila tuang gam ke atas permukaan lantai, gam akan resap ke dalam simen dan gam tidak timbul ke atas simen dan juga gam tidak akan melekat dengan vinyl sebab gam yang tidak kering.
Lantai yang lembap ini disebabkan kawasan persekitaran tempat pemasangan terutama untuk kawasan kediaman (ground floor), bangunan komersial baru ataupun shopping mall. Untuk tahu lantai kediaman anda mempunyai masalah kelembapan, anda boleh check menggunakan mesin 'hydrometer' yang mana anda perlu letakkan di atas lantai atau anda boleh meletakkan plastik atau sesuai pada mala hari ke atas simen dan keesokkan harininya anda boleh check plastik tersebut ada wap air atau tidak. Masalah ini akan menyebabkan gam vinyl tidak melekat jika ianya hanya menggunakan gam vinyl (waterbase glue) sahaja.
Lantai yang beralun disebabkan oleh proses pembinaan yang tidak professional dan menggunakan bahan-bahan yang murah dan tidak berkualiti. Selain itu, ia disebabkan isipadu campuran (air + simen) tidak mengikut standard bancuhan yang telah ditetapkan. Vinyl masih boleh dipasang kerana vinyl ini jenis flexible dan akan ikut permukaan lantai tersebut. Selain daripada itu, jika lantai cantik tapi dinding tidak rata, pemasangan vinyl tidak akan nampak cantik. Ia akan menyebabkan vinyl tidak rata dan pemasangan akan senget. Jadi, bukan lantai sahaja yang perlu rata, dinding juga perlu rata untuk dapatkan pemasangan (finishing) yang cantik.
Ada banyak lagi masalah lantai yang dihadapi oleh pelanggan tetapi ini antara yang selalu terjadi dan yang popular pelanggan tanya. Ada juga antara pelanggan yang ingin memasang vinyl di atas parquet lama, terazo, mozek, playwood, di kawasan luar rumah dan banyak lagi. Anda boleh cek sendiri lantai rumah / bangunan komersial anda menggunakan lantai yang mana satu. Jika anda mempunyai soalan yang tentang permasalahan vinyl yang lain, boleh hubungi terus dengan PRO VINYL atau pergi terus ke laman web Al Aqsa Carpets.
- Kasar
Permukaan lantai simen yang kasar
- Lembap
Permukaan lantai simen yang mempunyai masalah kelembapan
- Beralun / tidak rata
Permukaan lantai simen yang beralun
Ada banyak lagi masalah lantai yang dihadapi oleh pelanggan tetapi ini antara yang selalu terjadi dan yang popular pelanggan tanya. Ada juga antara pelanggan yang ingin memasang vinyl di atas parquet lama, terazo, mozek, playwood, di kawasan luar rumah dan banyak lagi. Anda boleh cek sendiri lantai rumah / bangunan komersial anda menggunakan lantai yang mana satu. Jika anda mempunyai soalan yang tentang permasalahan vinyl yang lain, boleh hubungi terus dengan PRO VINYL atau pergi terus ke laman web Al Aqsa Carpets.
Comments
Post a Comment