*Gambar adalah ihsan Al Aqsa Carpets |
Assalamualaikum korang, harini aku nk cerita sikit pasal vinyl flooring atau lantai vinyl ni. Vinyl flooring ni adalah produk viral atau in-trend yang memberikan kemasan premium pada harga yang berpatutan untuk ruangan-ruangan korang, tak kira dari ruangan rumah biasa, ruangan pejabat atau ruangan komersial sekalipun.
Vinyl Self-Adhesive |
Vinyl Plank Non-Adhesive |
- Jenis vinyl flooring yang ada di Malaysia
Untuk pengetahuan korang, pemasangan vinyl flooring untuk kediaman, pejabat atau ruangan komersial kini seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana mempunyai pelbagai jenis corak, warna serta ketahanan yang tinggi dan harga yang lebih ekonomi berbanding produk flooring lain di Malaysia. Vinyl flooring ni korang boleh kategorikan kepada 2 jenis iaitu vinyl jenis plank yang memerlukan gam atau double sided tape untuk pemasangan, dan juga jenis adhesive atau sticker yang sudah mempunyai gam di belakang plank. Kedua-dua jenis vinyl flooring ini ada kelebihan dan kekuranganya tersendiri. Kalau korang nak buat pemasangan di lantai simen, aku galakkan korang untuk gunakan vinyl flooring plank dan penambahan gam jenis waterproof atau silicon glue untuk pemasangan yang lebih kemas, tahan lasak dan tahan lama. Kalau lantai korang sekarang jenis tiles kosong, korang boleh guna vinyl flooring jenis adhesive atau sticker untuk ruangan korang. Pemasangan yang mudah, pantas dan murah. DIY sendiri je dah boleh siap. Nanti aku ceritakan lebih detail kat penulisan lain.
- Standard ketebalan vinyl flooring dan kegunaan
Kalau nak cerita pasal vinyl flooring ni, ketebalan dia ada banyak, tapi biasanya dalam lingkungan 1.5mm ke 4mm gitu. Lebih dari 4mm biasanya SPC flooring, tu aku cerita dekat penulisan lain. Ketebalan vinyl sticker biasanya tak sampai lebih dari 2mm. Kalau jenis non-adhesive ni biasanya dari 2mm ke 4mm gitu. Ketebalan vinyl ni memainkan peranan ke dalam kualiti dan ketahanan vinyl flooring tersebut? Secara ringkasnya ya, kalau aku nak cadangkan, yang nipis ni lebih baik guna kat bilik-bilik, ruangan yang kurang aktiviti, atau kt dinding bilik air. Lebih tebal ni lagi sesuai digunakan di ruang tamu atau dapur, atau mana-mana ruangan komersial/pejabat yang banyak 'foot traffic'. Untuk maklumat lebih lanjut, nanti aku akan buat satu penulisan istimewa untuk cover topik ketebalan dan kegunaan vinyl flooring ni.
- Jom singgah kat Al Aqsa Carpets - gudang produk pelantaian terbesar di Shah Alam!
Berita baik untuk korang yang ada kat Kawasan Shah Alam, Meru, Klang, Ampang atau Cheras, korang boleh buat pilihan vinyl flooring secara walk in kat Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store (AQSAFOS) di Desa Latania Seksyen 36 Shah Alam. Korang boleh sentuh dan pijak sample yang Al Aqsa Carpets sediakan dan dengan salesperson yang berpengalaman dan berilmu tinggi tentang produk, pastinya korang akan puas dan dapat pengalaman yang berharga. Tak dapat datang? Duduk jauh? Apa ada hal, online pun Al Aqsa Carpets ada jual vinyl flooring ni. Korang boleh beli di platform online seperti shopee, Lazada dan website Al Aqsa Carpets. Lagi bagus apa tau, danlah takda limit pembelian dalam satu oder, pos percuma pulak tu ke seluruh semenanjung Malaysia. Kira korang memang dapat penjimatan berganda ah kalau beli dengan Al Aqsa Carpets ni.
Nak tutup cerita, topik vinyl flooring ni kalau nk cover dalam satu penulisan blog boleh, tapi panjang sangat takut korang taknak baca. Tapi nak dijadikan ringkasan, vinyl flooring ni memang sekarang tengah in-trend kat Malaysia disebabkan kualiti, harga dan kemasan yang mampu diberikan oleh vinyl flooring ni. Untuk sambungan, nanti aku akan ceritakan lebih lanjut untuk topik -
- Kelebihan dan kekurangan vinyl flooring
- Vinyl plank vs vinyl adhesive
- Vinyl flooring vs Product Flooring lain
Comments
Post a Comment