VINYL FLOORING DARI AL AQSA CARPETS
Umum mengetahui yang vinyl flooring adalah produk lantai yang diperbuat dari material PVC yang mempunyai ciri-ciri ketahanan yang baik untuk negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Vinyl flooring adalah salah satu pilihan terbaik yang boleh menggantikan wood vinyl. Wood vinyl diperbuat dari kayu asli, yang biasanya mempunyai costing dan bajet yang agak tinggi kerana ketulenanya (100% kayu jati). Kini, terdapat banyak vinyl flooring yang ada di Malaysia yang mampu memberikan kemasan akhir pada lantai yang sama dengan wood vinyl. Vinyl Flooring juga adalah sangat fleksible dan boleh digunakan di pelbagai ruangan.
PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMASANG VINYL
Vinyl Flooring adalah produk yang fleksible, tetapi ketahanan pemasangan bergantung kepada jenis subfloor. Apa itu subfloor? Subfloor adalah keadaan lantai asal di tempat yang anda berhasrat untuk memasang vinyl flooring tersebut. Kesilapan yang sering dilakukan pengguna adalah mereka membeli vinyl flooring tanpa memeriksa permukaan atau keadaan subfloor mereka. Secara asasnya, subfloor biasanya adalah simen, tiles, atau mozek. Namun bagi sesetengah kes, subfloor ada parquet, karpet asal, lantai simen bersalut epoxy dan berbagai lagi jenis. Jenis subfloor harus diambil kira. Ini perlu diambil perhatian kerana jika tersalah pasang, jangka hayat vinyl flooring tersebut akan berkurangan dengan mendadak.
MAKLUMAT YANG PERLU PELANGGAN BERITAHU PADA JURUJUAL
- Jenis subfloor (lantai asal)
- Epoxy / Cat Minyak
- Simen
- Tiles / mosaic
- Parquet
- Karpet
- Flooring SPC / Vinyl lama
- Konkrit (lantai asal di shoping mall atau dewan)
- Keadaan subfloor
- Rata
- Tidak berlubang
- Ada masalah moisture
- Beralun (waving)
- Tidak kasar atau berbatu
- Ada kesan gam lama
- Keluasan kawasan ingin digunakan, jika ada layout plan lagi bagus
JENIS-JENIS GAM YANG ADA DAN KEGUNAANYA
- DOUBLE-SIDED TAPE
- Aqsa Double Sided Tape adalah sejenis 'pressure adhesive', bermaksud ianya akan lebih kuat jika ditekan, diketuk atau dimampatkan di atas permukaan atau vinyl flooring. Ia sesuai digunakan di simen yang rata (tidak terlalu kasar), tiles / mosaic, dan parquet. Pemasangan menggunakan double sided tape tidak akan meninggalkan kesan pada lantai asal, jadi ia biasanya digunakan sebagai 'temporary adhesive' untuk subfloor dan vinyl flooring. Penggunaan double sided tape sangat sesuai jika anda mahu pemasangan vinyl bukan kekal (bilik atau pejabat yang di sewa). Anda boleh buka kembali vinyl flooring dan pasang di tempat yang baru.
- Teknik - Tampalkan pada 'border' lantai, dan buat garisan lurus secara melintang (mengikut pintu), dan ulang semula tapi pada jarak 1.5kaki dari garisan sebelumnya
- GREENBOND
- Aqsa greendbond adalah gam standard untuk vinyl flooring. Ia sesuai bagi simen rata dan licin, dan tiles / mosaic. Gam ini selalunya diambil bagi pemilihan vinyl flooring kegunaan tetap atau melebihi 5tahun. Bagi lantai simen epoxy, parquet atau ada flooring spc / vinyl lama, ia tak sesuai kerana gam tidak akan lekat, dan akan merosakkan lantai. Juga kena take note lantai simen adalah berwap atau tidak.
- Teknik - Tuang dan sapukan gam separuh dari ruangan lantai. Tunggu dari 2-5 minit atau sehingga gam bertukar kepada 'lutsinar' dan bersifat kenyal. Tampalkan vinyl flooring; ulang langkah yang sama sehingga satu ruangan siap.
- SILIKON
- Gam silikon biasanya digunakan untuk penampalan di bahagian dinding. Dinding kena tengok juga sama ada simen plain, tiles/mosaic, dan jika ada cat di dinding, kena tengok jenis cat. Cat seperti cat kapur akan menyebabkan gam tidak berapa lekat.
- Teknik - Buat bentuk 'zigzag' pada belakang kepingan dan tampalkan seperti biasa.
- WATERPROOF
- Gam waterproof adalah gam yang paling fleksible, boleh digunakan di mana-mana lantai terutama di atas lantai berkelembapan tinggi. Gam jenis ini selalunya digunakan di kawasan yang terdedah dengan air yang banyak seperti di kawasan bilik air atau dapur. Pengguna vinyl flooring perlu tahu bahawa vinyl mereka sudahpun waterproof. Jika ingin menggunakan vinyl flooring di dalam tandas atau bilik air, anda boleh gunakan waterproof sebagai pilihan utama.
- Teknik - Sapukan gam pada lantai dan biarkan selama 1-2 minit. Selepas itu dan terus tampal. Waterproof glue adalah gam yang cepat kering (dalam 1-2jam gam akan mula mengeras) jadi penggunaan perlulah digunakan sebaiknya
PEMILIHAN GAM BAGI VINYL FLOORING
Pemilihan gam adalah salah satu proses penting dalam memastikan vinyl flooring bertahan lama. Salah pilih gam boleh menyebabkan vinyl itu tidak dapat bertahan lama, disamping akan menambahkan kos penyelenggaraan kepada pengguna. Seperti penjelasan di atas, seharusnya pengguna vinyl flooring mengetahui detail-detail tersebut sebelum membeli, kemudian boleh terus bertanya kepada jurujual.
CASINO - Goyang Hotel Casino & Spa
ReplyDeleteIt is a very classy hotel, but the rooms and suites are quite large. 제목학원 It is a 예스 벳 very nice hotel m2슬롯 but 해외 사이트 the room service is 망고 도메인