Mungkin ramai orang yang beranggapan memasang lantai vinyl akan mengeluarkan kos yang tinggi dan penjagaan yang rumit dan mahal. Sebenarnya ia tidak mahal sekiranya anda melakukan pemasangan secara DIY sahaja. Penjagaannya juga tidak rumit dan tidak memerlukan maintenance yang mahal dan tinggi kerana lantai vinyl menggunakan 100% bahan fresh PVC, kalis air dan kalis anai-anai. Anda tidak perlu risau jika ada tumpahan air atau makanan ke atas lantai vinyl anda.
Antara jenis pemasangan lantai vinyl yang anda boleh lakukan secara DIY.
|
Kiraan untuk Jenis Batu-Bata |
Kebanyakkan pelanggan yang membeli lantai vinyl di
Al Aqsa Carpets, mereka memilih untuk membuat pemasangan jenis batu-bata. Jenis batu-bata, ia memerlukan sekurang-kurangnya 5% wastage untuk pemasangan lantai vinyl.
|
Kiraan untuk Jenis Kayu |
Jenis kedua, adalah pemasangan jenis kayu. Pemasangan jenis kayu, tidak ramai yang guna sebab ia jenis biasa sahaja. Untuk jenis kayu juga memerlukan 5% wastage untuk pemasangan lantai vinyl.
- Jenis Tulang Ikan (Herringbone)
|
Kiraan untuk Jenis Tulang Ikan |
Jenis tulang ikan atau lebih dikenali sebagai herringbone adalah salah satu pemasangan yang disukai oleh ramai orang. Tetapi ia agak rumit jika pemasangan dilakukan secara DIY atau anda boleh sahaja passkan kepada orang yang proffesional untuk lakukannya untuk anda. Ini adalah disebabkan ia memerlukan wastage yang tinggi 15% untuk pemasangan jenis tulang ikan ini.
Untuk dua
jenis batu bata dan
jenis kayu, jika anda tidak mahukan lebihkan 5%, tidak mengapa. Tetapi untuk
jenis tulang ikan (herringbone), anda memang perlu lebihkan 15% wastage disebabkan pemasangan secara serong dan bukan secara menegak seperti jenis batu bata dan jenis kayu.
Kenapa anda perlukan lebihkan kiraan wastage 5% - 15% atau anda boleh lebihkan 1 - 2 kotak??
Ia adalah untuk kesenangan anda di kemudian hari, anda ada stock dyelot yang sama untuk betulkan vinyl yang telah rosak. Di
Al Aqsa Carpets, setiap vinyl yang dikeluarkan daripada kilang, dyelot setiap batch kemungkinan tidak akan sama warnanya. Warna akan gelap sedikit atau terang sedikit berbanding yang anda pernah beli sebelum ini.
Sekiranya anda berminat untuk membeli lantai vinyl keluaran dari
Al Aqsa Carpets, boleh pergi ke
Aqsa Online Store kami untuk pembelian. Anda mahukan quotation daripada pihak
Al Aqsa Carpets ?? Staff kami yang berpengalaman dalam bidang flooring ini akan membantu anda untuk kirakan berapa yang anda perlukan untuk ruangan anda. Anda boleh hubungi terus melalui
whatsapp atau call untuk mereka berikan quotation kepada anda secara
PERCUMA sahaja. Anda boleh juga beritahu berapa bajet yang anda ada dan jenis pemasangan yang mahukan untuk ruangan anda tampak lebih cantik dan eksklusif! Mereka juga akan membantu anda tentang pemasangan secara DIY dari awal sehingga akhir!
Comments
Post a Comment