Cara Penyelesaian Mengikut Keadaan Subfloor Lantai

Seperti sharing yang sebelum ini, saya ada ceritakan tentang masalah subfloor lantai yang sering dihadapi mereka yang ingin membuat pemasangan lantai vinyl. Boleh rujuk sini.

Antara masalah subfloor lantai yang sering dihadapi ialah kasar berbatu, lembap / berwap dan lantai yang beralun. Ada ke cara untuk atasi masalah ini sebelum anda nak buat pemasangan lantai vinyl ni??

Jangan risau! Anda akan dapat semua penyelesaiannya di Al Aqsa Carpets. Mereka akan berikan anda beberapa cara pemasangan mengikut keadaan subfloor lantai anda dan bajet yang anda miliki.  

Cara penyelesaian pertama, anda perlu mengeluarkan bajet yang agak tinggi untuk mendapatkan kemasan akhir yang cantik dan kemas. Terdapat beberapa langkah yang anda harus ikuti.


Langkah pertama, anda hendaklah meletakkan sekurang-kurangnya 2inci simen render (menggunakan simen biasa atau menggunakan pasir kasar + pasir halus + gam latex). Ini adalah untuk mengatasi masalah lantai yang beralun dan sangat kasar yang serius di kawasan rumah dan bangunan komersial.

Kedua, anda hendaklah meletakkan lapisan simen kalis air untuk memastikan kelembapan dari bawah simen tidak meraup / naik ke atas permukaan lantai. Sekurang-kurangnya lapisan tersebut 1mm sahaja.

Ketiga, menggunakan self-levelling compound yang dicampurkan dengan air. Fungsi tersebut untuk menjadikan lantai lebih kilat, rata dan cantik. Ia 15x lebih kuat daripada simen konkrit biasa. Ia perlukan 2mm lapisan sahaja.

Akhir sekali barulah anda meletakkan gam vinyl yang ingin digunakan untuk melekatkan lantai vinyl anda.  Untuk cara penyelesaian yang pertama ini, ia sesuai untuk digunakan untuk ketiga-tiga masalah lantai subfloor yang dihadapi.

Cara penyelesaian kedua, ada beberapa pecahan mengikut masalah subfloor lantai.

         
Grinder Tangan 


Big Sanding Machine

Untuk masalah lantai yang kasar, anda perlu grinder dulu untuk meratakan kawsan lantai yang kasar. Ini untuk memastikan pemsangan vinyl akan dijalankan dengan mudah dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Anda boleh menggunakan grinder tangan atau menggunakan big sanding machine. Selain itu, jika lantai anda mempunyai lubang-lubang kecil, anda boleh menggunakan quick dry cement untuk menutup permukaan yang berlubang tersebut.

Contoh cara membuat self leveling compound.

Jika anda menghadapi masalah lantai yang jenis beralun, anda boleh menggunakan self levelling compound. Kebiasaannya kawasan yang jenis beralun ini, rumah  atau bangunan komersial yang tidak mengikut SOP pembinaan yang telah ditetapkan. Self levelling compound ini hendaklah membuat 1mm-2mm lapisan untuk dapatkan kemasan yang licin.

Manakala untuk anda yang menghadapi masalah lantai berwap atau lembap, anda boleh menggunakan gam kalis air (Waterproof Glue). Gam ini bukan seperti gam vinyl yang biasa kerana ia tidak akan menyerap dengan air sama sekali. Anda tidak perlu risau jika rumah anda mempunyai masalah kelembapan. Bagaimana anda hendak tahu cara semak lantai anda mempunyai kelembapan atau tidak? Anda boleh rujuk di sini.

Akhir sekali, cara penyelesaian ketiga ini sangat jimat yang anda boleh gunakan. Tetapi ini untuk mengatasi masalah lantai kediaman atau bangunan komersial yang tidak mempunyai masalah kelembapan yang tidak terlalu serius. Anda boleh menggunakan Aqsa Double Sided Tape jika anda ingin memasang secara DIY. Anda juga boleh mencabut dan menampal semula plank vinyl tanpa merosakkan lantai atau vinyl.

Cara Pemasangan vinyl menggunakan Aqsa Double Sided Tape

 Anda juga boleh menggunakan Aqsa Green Bond. Aqsa Green Bond ini adalah produk keluaran terbaru dari Al Aqsa Carpets yang mempunyai kelebihan. Dengan menggunakan Aqsa Green Bond ini, anda juga boleh mencabut dan menampal semula tanpa menyebabkan vinyl ini patah atau rosak.  Dan ia bukanlah seperti gam vinyl biasa yang dijual di Al Aqsa Carpets sebab ia mudah sangat untuk ditanggalkan dan gam tersebut pun boleh digunakan semula untuk tampal vinyl yang baru! Nanti saya share pula kelebihan Aqsa Green Bond dan gam kalis air.

Jika anda perlukan lebih informasi, boleh terus hubungi PRO VINYL kami atau ke laman web Al Aqsa Carpets untuk dapatkan sebut harga secara PERCUMA!

Comments