Masalah yang dihadapi untuk lantai vinyl

Sekarang, ramai pengguna dan peminat lantai vinyl. Kebanyakkan rumah baru sekarang, mereka suka menggunakan vinyl sebagai flooring rumah mereka. Ianya boleh dipasang untuk kediaman seperti ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Selain itu, lantai vinyl ini jugak boleh dipasang untuk pejabat dan bangunan komersial. Untuk pemasangan vinyl ini, terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh pengguna vinyl;

1. Perlu dipasang dikawasan lantai yang rata, bersih, licin dan tiada masalah kelembapan.



Sebelum membeli lantai vinyl ini, pengguna haruslah mengkaji dahulu keadaan lantai rumah mereka. Untuk pemasangan vinyl, lantai rumah hendaklah rata, licin dan tiada masalah kelembapan pada lantai.

Keadaan lantai yang lembap biasanya untuk jenis lantai simen. Tetapi anda tidak perlu risau jika lantai anda mempunyai masalah kelembapan. Di Al Aqsa Carpets, kami sentiasa akan berikan penyelesaian untuk anda. Untuk lantai simen yang lembap, kami akan cadangkan anda untuk menggunakan gam kalis air atau pun gam silikon. Dengan menggunakan gam ini, ia boleh mengatasi masalah kelembapan lantai tersebut. Ada sesetengah pengguna, mereka menggunakan lantai tiles, mozek dan juga lantai parquet. Rumah yang menggunakan lantai parquet, mereka perlu cek dahulu keadaan lantai mereka.

Kebanyakkan mereka yang ingin bertukar menggunakan lantai vinyl ini disebabkan lantai parquet telah rosak, tertanggal atau sudah dimakan anai-anai. Mereka harus menanggalkan dahulu parquet yang rosak sebelum pemasangan lantai vinyl. Jika parquet atau lantai yang rosak hanya 50% sahaja, anda boleh menggunakan 'self-dry cement' sahaja untuk tampal bahagian yang rosak. Manakala, untuk jenis lantai mozek atau lantai tiles, tiada masalah yang perlu dirisaukan untuk pemasangan vinyl. Lantai tersebut hanya perlu rata, bersih dan licin.

2. Tidak boleh dipasang dikawasan yang terdedah kepada matahari



Lantai vinyl ialah jenis 100% PVC dan ianya ialah produk yang direka khas untuk kegunaan dalaman sahaja. Pemasangan lantai vinyl tidak digalakkan dipasang dikawasan yang terdedah kepada cahaya/ matahari. Ada sesetengah pengguna ingin memasang vinyl ini di luar ruamh seperti balkoni. Jika ia dipasang di luar rumah, warna permukaan vinyl akan pudar 5-10% sahaja. Oleh itu, produk yang direka khas untuk indoor, hanya untuk indoor sahaja. Produk tidak akan rosak, warna juga tidak terjejas.

3. Vinyl akan rosak atau tercalar jika terkena benda tajam


Disebabkan vinyl ini mempunyai sifat yang sangat lembut, ianya sangat sensitif dengan benda-benda yang tajam. Jadi, sebaiknya anda harus mengangkat perabot dan barang untuk ke tempat yang lain. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya permukaan vinyl itu tidak tercalar. Ini kerana jika selalu sangat menyeret perabot tanpa mengangkatnya, ia akan penyebabkan permukaan vinyl rosak dan lapisan vinyl akan tertanggal.

Vinyl keluaran Al Aqsa Carpets ialah vinyl yang berkualiti dan ianya kalis calar. Tetapi anda sebagai pengguna haruslah bijak untuk mengelakkan ia calar dan ada kerosakkan atas permukaan vinyl tersebut.

4. Masalah renggangan antara vinyl



Renganggan antara vinyl adalah masalah yang memang akan terjadi selepas beberapa tahun pemasangan vinyl. Masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti permukaan yang tidak rata dan licin, suhu lantai turun dan naik mengikut cuaca. Sifat vinyl yang kembang dan kecut ini hanyalah kurang dari 1% sahaja.

Di Al Aqsa Carpets, jika vinyl itu mengecut kurang dari 0.1% lebar dan panjang vinyl, itu adalah perkara biasa.Jika lebih dari 0.1%, ianya adalah masalah daripada produk yang dikeluarkan dari kilang. Untuk mengetahui ia kecut dan kembang, anda boleh ukur panjang dan lebar vinyl tersebut menggunakan pembaris. Kebiasaannya, mereka yang tidak ada pengalaman masalah vinyl renggang akan ukur gapping antara vinyl itu. Tetapi itu adalah cara yang salah untuk check berapa banyak renggangan yang terjadi.

Jika anda berminat untuk membeli lantai vinyl ini dan inginkan lagi discount dari mereka, anda boleh terus contact PRO KARPET atau email terus untuk dapat qoutation atau pergi terus ke laman web Al Aqsa Carpets dan order sekarang juga! Dan anda boleh tunjukkan blog ini untuk lagi discount!

Comments