Jenis Aksesori dan Cara Pemasangan untuk Lantai Vinyl Aqsa


Jika anda berminat untuk memasang lantai vinyl di kediaman ataupun pejabat anda, anda mestilah tahu aksesori yang diperlukan untuk lantai vinyl yang dipasang lebih kelihatan cantik dan kemas. Anda perlu tahu, setiap produk yang dikeluarkan di mana-mana tempat pun akan ada aksesori tambahan supaya produk yang dipasang kelihatan lebih kemas.

Untuk lantai vinyl, apa aksesori yang perlu ada? Antaranya ialah HPVC Skirting, HPVC Reducer dan L-Profile HPVC. Sebelum nak cerita tentang cara pemasangan aksesori lantai vinyl Aqsa ni, mestilah kena tahu dulu apa aksesori yang perlukan, warna yang ada untuk sesuaikan dengan lantai vinyl.
HPVC Skirting ialah bingkai PVC yang diletakkan pada dinding. Ia digunakan untuk menutup ruang antara dinding dan lantai vinyl. Di Al Aqsa Carpets, terdapat 4 jenis warna untuk HPVC Skirting iaitu code warna beige, grey, teak brown dan dark brown. Panjang HPVC Skirting ini 8kaki dengan ketebalan 11MM dan tinggi 70MM. 


Pemasangan Skirting di bahagian dinding

Kedua ialah HPVC Reducer yang mana ia adalah aksesori yang digunakan untuk meratakan ketinggian lantai yang tidak sama rata dari lantai kayu, vinyl atau jubin. HPVC Reducer ini akan diletakkan pada penghabisan vinyl yang dipasang untuk mengelakkan kita terlanggar vinyl atau akan menyebabkan vinyl terangkat atau tercabut. HPVC Reducer ini mempunyai 4 jenis warna juga sama seperti HPVC Skirting iaitu code warna beige, grey, teak brown dan dark brown yang dijual di Al Aqsa Carpets. Untuk HPVC Reducer ini mempunyai ketebalan 4MM dan tinggi 25MM. Panjang  HPVC reducer ini 9 kaki. 


Pemasangan reducer antara vinyl

Terakhir ialah L-Profile HPVC. Aksesori ini akan dipasang pada platform tangga atau anak tangga atau hujung permukaan seperti pintu. Tujuannya sama sahaja untuk mengelakkan vinyl yang dipasang tercabut atau tertanggal dan mengelakkan kecederaan jika terlanggar vinyl tersebut. Pemasangan akan lebih kemas & cantic.  L-Profile HPVC juga ada 4 jenis color yang sama seperti HPVC Skirting dan HPVC Reducer. Ia sama Panjang dengan HPVC Skirting iaitu 8 kaki dengan ketebalan 2mm, tinggi 18mm dan lebar 15mm. 



Pemasangan L-Profile di anak tangga

Pemasangan L-Profile di anak tangga outdoor


Kita move untuk cara pemasangan pula. Untuk kesemua cara pemasangan aksesori untuk lantai vinyl ni, ada beberapa langkah yang anda kena lakukan. Boleh rujuk video demo  kami di sini. First, anda kena tahu ukuran keliling (parameter) untuk pemasangan aksesori ini supaya ia cukup. Kemudian anda hendaklah memotong aksesori tersebut dengan ukuran yang telah diukur. Setiap aksesori menggunakan peralatan yang berbeza. Untuk HPVC Skirting dan L-Profile HPVC menggunakan mesin pemotong (Aluminum Cutter) atau gergaji besi bermata kecil. Untuk HPVC Reducer pula, anda boleh memotong menggunakan pisau aluminium yang bersaiz besar (Cutting Blade) atau menggunakan gergaji besi bermata kecil. Selepas anda memotong setiap ukuran yang anda inginkan, anda mestilah meletakkan gam silicone dibelakang aksesori yang ingin digunakan dan lekatkan dengan kuat pada ruangan yang ingin ditampal aksesori tersebut. Anda mestilah tekan dengan kuat semasa menampal aksesori itu ke dinding supaya ia melekat. Jika anda pasang aksesori tersebut di bahagian tangga, anda perlu lekatkan ‘cloth tape’ pada aksesori yang telah digamkan pada anak tangga tersebut. Ia hendaklah dibiarkan selama 18-20 jam untuk biarkan gam tersebut betul kering. Dibawah ini, saya sertakan video-video untuk setiap pemasangan menggunakan HPVC Skirting, HPVC Reducer dan juga L-Profile HPVC

Jika anda seorang yang kreatif atau ada sikap berhati-hati tentang keselamatan, anda boleh gunakan HPVC Skirting, HPVC Reducer dan L-Profile HPVC yang bertentangan warna dengan warna vinyl yang dipasang. Ini adalah untuk tujuan keselamatan terutama kawasan tangga. Tapi ada juga customer yang buat sama warna untuk vinyl dan aksesorinya. Bawah ini, admin share testimoni customer yang pakai aksesori yang same color atau opposite color dengan vinyl. 

Penggunaan HPVC Skirting dan L-Profile HPVC dengan warna contra 

Penggunaan HPVC Skirting dan L-Profile HPVC dengan warna senada
Lepasni apa lagi kita nak share kepada anda semua? Fakta dah cerita, jenis vinyl pun dah cerita, jenis aksesori dan cara pemasangan pun baru je habis cerita dekat anda. Kita tunggu cerita seterusnya pasal apa kita nak cerita lagi dekat anda. Kalau anda berminat untuk beli di Al Aqsa Carpets, anda boleh klik pautan ini untuk pembelian (link : https://aqsaonlinestore.com.my/). Dan kalau anda nak info lagi dari Al Aqsa Carpets ni, boleh terus hubungi mereka melalui whatsapp @ call je terus pada no ni (http://www.wasap.my/+601110880150/minat.vinyl). 


Comments